Hari ini adalah hari sangat penting untuk Malaysia.
Hari di mana negara Malaysia ini ditubuhkan dan hari yang seharusnya di menjadi menifestasi kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia.
Membentuk Malaysia mungkin tidak sesukar membangunkannya.
Selama berpuluh tahun, membawa pembangunan ke seluruh pelusuk Malaysia mempunyai cabarannya tersendiri.
Tiada Kerajaan yang ingin melihat rakyatnya terpinggir. Dan tiada pemerintah yang sengaja membiarkan jurang kesenjangan dan pembangunan itu berlaku.
Prasarana air, api, jalanraya, sekolah dan pelbagai lagi, adalah kehendak dan keperluan semua.
Dan Kerajaan, selama terbentuknya Malaysia, senantiasa mengusahakan prasarana yang terbaik untuk semua menikmatinya.
Kita rakyat Malaysia mesti berhenti mencari kesalahan dan menunding jari atas jurang pembangunan yang ada.
Sebaliknya kita, dengan semangat memajukan Malaysia, mesti mengembling segala usaha menoktahkan segala kesenjangan pembangunan ini.
Samaada merialisasikan Perjanjian Malaysia 1963 ataupun pengagihan hasil kekayaan secara saksama, semuanya mestilah di lakukan dengan semangat sebuah negara persekutuan.
Jangan lah sesekali kita tersasar dari semangat yang menjadi intipati Malaysia ini terbentuk.
Semangat persekutuan seharusnya menyatukan semua rakyat Malaysia, dari tiga wilayah, untuk berkongsi kemakmuran demi membentuk tanahair yang adil dan maju.
Persekutuan Malaysia harus dipertahankan denga apa cara sekalipun. Kerana ia adalah formula yang telah menjadikan Malaysia negara membangun paling berjaya selama ini.
Apa yang terkurang atau terlebih, mestilah dirunding dengan cara persekutuan, semangat persekutan dan demi masa depan persekutaun.
Semoga Malaysia menjadi terus menjadi sebuah negara persekutuan berjaya seperti yang dicita-citakan oleh pendirinya.
Selamat Hari Malaysia.