Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Projek 'Sawah Berskala Besar' inisiatif baru Pahang tangani kekurangan beras negara


Dalam Persidangan S-GLC Pahang 2024 yang berlangsung hari ini, Menteri Besar Pahang, Dato Seri Diraja Wan Rosdy telah menyaksikan dua majlis menandatangani memorandum yang akan meningkatkan ekonomi negeri.

Memorandum pertama melibatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) antara Kerajaan Negeri menerusi PKPP Agro Sdn Bhd bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.


Program SMART SBB ini merupakan program pengurusan tanah sawah yang sistematik diuruskan melalui usahasama strategik Kerajaan dan pihak swasta iaitu Syarikat Peneraju.

Ia mampu mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada dan meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil lepas tuai.

Program ini dijangka akan membantu negara untuk mencapai sasaran SSR beras yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) sebanyak 75 peratus.