Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah baharu



PUTRAJAYA: Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia berkuat kuasa 13 September lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk tempoh tiga tahun sehingga 12 September 2027.


“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

“Ini bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” katanya hari ini. – UTUSAN