Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dua kanak-kanak didakwa rogol budak perempuan darjah enam


Tawau : Dua kanak-kanak lelaki bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan secara berkumpulan Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-kedua tertuduh pada prosiding di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob bagi pihak Majistret.


Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kebun belakang rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Jalan Utara, dekat sini, kira-kira jam 9.40 malam, 26 September lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Batrisyia Mohd Khusri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Turut hadir kedua-dua penjaga kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan tarikh 21 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Terdahulu pada Isnin, media melaporkan tiga budak lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan secara berkumpulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh dalam kenyataannya berkata, penahanan kesemua suspek dibuat susulan laporan dibuat ibu mangsa berhubung kejadian rogol menimpa anaknya.

Bagaimanapun difahamkan hanya dua suspek didakwa di mahkamah pagi ini, manakala seorang lagi dijadikan sebagai saksi pihak pendakwaan.