Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lantikan anak Najib di MATRADE, di manakah nepotismenya?


Dalam dua tiga hari ini, ada pihak mendakwa kerajaan Anwar amalkan nepotisme bila melantik anak Najib Razak, Nooryana Najwa sebagai Ahli Lembaga Pengarah Matrade.

Pelik juga.
Adakah Najib masih Perdana Menteri? 
Adakah Najib masih Presiden UMNO?
Adakah Rosmah Mansor masih First Lady? 

Jadi, di manakah nepotismenya?

Takkanlah sampai kiamat kerajaan Anwar tak boleh gunakan khidmad beliau untuk bantu majukan pembangunan perdagangan luar Malaysia hanya semata-mata beliau anak Najib Razak? Amat rugilah. 


Ada yang mendakwa lantikan tersebut merugikan duit rakyat. Ini lagi satu dakwaan yang teramat dangkal. 

Sebenarnya Ahli Lembaga Pengarah tidak dibayar gaji pun. Hanya diberi elaun saja, itupun jika hadir mesyuarat lembaga pengarah. Elaun pun ciput. Nak tulis pun malu.

Tapi Yana tak kesah pun itu semua. Yang penting beliau dapat bantu MATRADE melalui pengalaman dan 'networking' beliau dengan banyak ahli perniagaan luar dan pembesar-pembesar di luar negara. 

Itu yang ada pada Nooryana Najwa Najib yang ramai tidak ada. Bukan saja-saja Tengku Zafrul lantik beliau.

Disunting dari: Tun Carlos