Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelakon hebat, Que Haidar sah bercerai dengan Linda Jasmine


Pelakon hebat, Que Haidar mengakui bahawa dia dan Linda Jasmine sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan dari Mstar, pemilik nama sebenar, Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar memaklumkan yang jodoh mereka mungkin tidak panjang namun reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T.


Ujarnya, hubungan dengan bekas isteri masih lagi baik dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan dirinya serta Linda kerana tiada siapapun yang mahu akan perpisahan.

“Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan terbaik untuk saya dan Linda… Kami masih baik, tiada siapa mahu bercerai.

“Mungkin ini jalan terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu,” katanya.

Que Haidar jelaskan punca penceraian terlalu peribadi untuk dikongsi

Jelas Que lagi, punca perpisahan mereka biarlah menjadi rahsia kerana terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum, namun anak-anak menerima keputusan mereka dengan baik memandangkan masing-masing sudah matang.

“Hal rumah tangga merupakan hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan terbaik,”

“Kami masih saling memberikan sokongan, apa terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda perlu diuar-uarkan atau dikongsi.

“Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami,” ujarnya.

Sekadar info, Que Haidar dan Linda Jasmine telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, serta Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.

Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 24 tahun dari perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaru, aktor terbabit telah menggenggam trofi Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024 dan mengakui bangga dengan kejayaan drama arahannya, Bahalol yang memborong 4 anugerah iaitu bagi kategori kategori Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik iaitu Sobri Anuar dan Liza Abdullah serta Pembantu Lelaki TV Terbaik.