KUALA LUMPUR: Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam, 86 tahun meninggal dunia pada Khamis.
Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd ), Ananda Krishnan Tatparanandam.
"Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024."
Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.
"Sifat filantropinya juga memberi impak serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati," tulis kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.