JOHOR BAHRU - Seorang bekas peserta program realiti komedi sebuah stesen televisyen berbayar ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan penangkapan tersebut yang dibuat sekitar bandar raya ini pada awal pagi Khamis.
"Suspek berusia lingkungan 40-an akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Kes dalam siasatan dan suspek ditahan reman selama lima hari mulai Khamis sehingga 2 Disember depan," katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini, bekas peserta program realiti komedi tersebut pernah terlibat dalam beberapa program di negeri ini sebagai pengacara majlis.