Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kutipan hasil Pahang cecah RM1 billion buat tiga tahun berturut-turut

 

KUANTAN : Sekali lagi Kerajaan Pahang berjaya mengekalkan jumlah kutipan hasil melebihi RM1 bilion sehingga semalam dengan kutipan terkini ialah RM1.06 bilion.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini merupakan kejayaan Kerajaan Pahang buat kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2022.


“Kita telah pun mendapat sasaran melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut, sepertimana yang saya janjikan, kita akan bagi balik kepada rakyat dalam bentuk Bantuan Prihatin Pahang daripada yang baru lahir sampai berkahwin, yang masuk sekolah, yang masuk universiti, warga emas semuanya kita akan bantu, pelajar-pelajar di universiti kita bagi RM400 secara one-off setiap tahun kita akan teruskan.

“Bila kita dapat RM1 bilion ini, kos kita ialah RM600 juta sahaja setahun, membayar gaji penjawat awam dan sebagainya, jadi RM400 juta itulah selain daripada kita simpan, kita bagi balik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Konvokesyen 2024 UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Hadir sama ialah YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsuddin dan Naib Canselor UCYP University, Professor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain.

Pada majlis itu, seramai 645 graduan dari pelbagai bidang menerima ijazah dan diploma masing-masing dengan bertemakan ‘Membina Generasi Cemerlang : Pendidikan Awal, Kreativiti dan Digital’.

Menurutnya, kemampuan ini memberi kelebihan kepada Kerajaan Pahang untuk menyediakan pelbagai bentuk inisiatif kepada rakyat termasuklah akses pendidikan berkualiti disebabkan oleh kedudukan kewangan negeri yang kukuh.

 -PAHANGMEDIA