Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16, dua ditahan


GEORGE TOWN - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini, pada awal pagi Ahad.

Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 1 pagi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Kekasih dan kakak angkat kepada remaja perempuan juga telah ditahan polis, hari ini.


Ia susulan ujian saringan air kencing kedua-duanya didapati positif dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, kedua-duanya yang ditahan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.

"Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 5.55 dan 6.05 pagi tadi selepas didapati positif dadah."Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952.

"Manakala bedah siasat terhadap mangsa dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi, di sini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebelum kejadian kira-kira 11.45 malam semalam, mangsa berusia 15 tahun dipercayai bertengkar dengan kekasihnya akibat perselisihan faham.

Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, hasil siasatan polis mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara remaja itu dengan kekasihnya.

Menurutnya, siasatan lanjut pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Semakan juga mendapati mangsa merupakan anak tunggal manakala ibu bapanya sudah bercerai dan ketika kejadian ibu keluar membeli barang.

"Siasatan lanjut masih dijalankan, kita minta orang ramai jangan buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta sensitiviti keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Swee Sake berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar