Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Daim meninggal, Mahathir sedih akhir hayatnya diherdik


KUALA LUMPUR, 13 November- Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan seorang sahabat seperjuangan.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Catatan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pemergian Tun Daim Zanuddin ke rahmatullah.


"Daim meninggal dunia pagi ini. Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

"Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab! Kerana dendam.

"Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasas keadilan. Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa.

"Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin, Ya Rabbal Alamin." kata bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di Facebook.

Tun Daim menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 86 tahun di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 8.21 pagi tadi.

Allahyarham sebelum ini memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dan kali kedua pada 1999-2001.