Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Mahathir nafi terlibat usaha tarik BN keluar dari kerajaan


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai dakwaan terdapat usaha pihak tertentu untuk menarik BN keluar daripada kerajaan Perpaduan.

Menurut Dr Mahathir yang peranannya sebagai ketua panel penasihat SG4 iaitu negeri-negeri yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), dirinya hanya memberi nasihat berhubung hal pembangunan di empat negeri pembangkang.


“Saya tidak tahu, saya hanya penasihat kepada SG4 saja. Kebanyakan pasal pembangunan bukan pasal politik,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Buku “Idealis: Syed Hamid Albar” di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas dakwaan terdapat usaha membawa BN keluar daripada kerajaan Perpaduan.

Pada 24 November lepas, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat usaha untuk menarik partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan seterusnya mengangkat individu daripada BN sebagai Perdana Menteri.