Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar diampun segera kerana Agong ke-15 tak mahu Tun M jadi PM -Lokman


KENAPA PMX BOLEH DAPAT PENGAMPUNAN TANPA MELALUI LEMBAGA PENGAMPUNAN : CAKAP KENA ADA ILMU DAN FAKTA! 

oleh: Lokman Adam

Ramai hari ini termakan dengan propaganda Perikatan Nasional bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim (DSAI) diberi pengampunan tanpa melalui Lembaga Pengampunan.  

Sebagai seorang yang berpendidikan, bila kita keluar kenyataan, kita kena bersandarkan ilmu dan fakta.  

Kena sedar bahawa kesahihan Pengampunan DiRaja yang DSAI terima telah dicabar oleh pengikut Mahathir, Peguam Azam Abd Aziz (Buzze Azam) dan Buzze Azam kalah dalam saman tersebut.


Lembaga Pengampunan telah bersidang untuk memberikan pengampunan penuh kepada DSAI pada 16 Mei 2018. Benar pada ketika itu Peguam Negara Tan Sri Affandi Ali telah diarah bercuti, namun tempat beliau didalam Lembaga Pengampunan telah digantikan oleh Peguamcara Negara.  

Proses tersebut dilakukan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Anwar, meskipun terdapat perdebatan mengenai prosedur dan kebiasaan permohonan pengampunan, keputusan pengampunan itu disahkan sebagai keputusan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong selepas Lembaga Pengampunan bersidang. 

Sultan Muhammad V ketika itu berperanan dalam keputusan tersebut sebagai inisiatif peribadi, kerana Baginda memang tidak mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Itu sebab laju je Baginda beri pengampunan.