Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersedia untuk pilihanraya mengejut -Azmin


SHAH ALAM: Setiausaha Agung BERSATU yang baharu, Datuk Seri Azmin Ali, hari ini melaungkan keyakinan bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku sebelum tamatnya penggal pemerintahan Kerajaan Madani.

Justeru, beliau menggesa semua perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) untuk bersedia menghadapi pilihan raya yang akan berlaku sebelum penggal tamat pada 2027.


"Kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum," katanya dalam ucapan PAT, di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, akar umbi BERSATU akan terus diperkuatkan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya nanti.

Azmin berkata, kepimpinan BERSATU akan terus menggiatkan usaha dan memberi komitmen tinggi untuk membantu setiap cawangan BERSATU di seluruh negara.

"Saya berikrar bahawa pentadbiran baru ini akan turun padang dan membantu akar umbi di peringkat cawangan dan bahagian untuk mengukuhkan parti menerusi keahlian yang lebih ramai dan cawangan yang lebih banyak.

"Ini agar kita dapat bersedia menghadapi pilihan raya negeri ataupun pilihan raya umum yang akan datang, kerana pilihan raya umum tidak semestinya diadakan tiga tahun dari sekarang," katanya.