Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Istana Pahang terima nasihat MB berkaitan isu Titah Adendum Najib


KUANTAN, 10 DISEMBER 2024 : Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang telah dikemukan YB. Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Afidavit YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib.

Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Saiful Edris Zainuddin berkata, keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat dari Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan bagi menghormati prosiding mahkamah.


“Saya selaku Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, telah mengadap Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan menyembah maklum berhubung dengan perkara Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang telah dikemukakan oleh YB. Dato Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Afidavit YB. Dato’ Mohd Nizar bin Dato Sri Mohammad Najib.



“Di atas nasihat YAB. Menteri Besar Pahang dan saya serta bagi menghormati prosiding Mahkamah, maka pihak Istana Pahang tidak akan membuat apa-apa kenyataan tentang Perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan ‘subjudice’ ke atas kes rayuan yang telah dibawa di hadapan Mahkamah Rayuan Malaysia di dalam Rayuan Sivil No.W-01(M)-456-07/2024 yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada 6 Januari 2025 di mana keputusan berkenaannya masih belum dibuat oleh Mahkamah,” katanya.

 -PAHANGMEDIA