Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesawat Korea bawa 181 penumpang terhempas di lapangan terbang (video)


SEOUL - Sebuah pesawat yang membawa 181 orang terbakar selepas tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan, pada Ahad, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang di dalam pesawat, menurut pegawai kecemasan.

Video yang dikongsi oleh penyiar tempatan MBC menunjukkan pesawat Jeju Air – sebuah Boeing 737-8AS menurut Flight Radar – mendarat di landasan lapangan terbang Muan dengan asap keluar daripada enjin sebelum keseluruhan pesawat diliputi api dengan cepat.


“Kami setakat ini telah mengesahkan 28 kematian akibat nahas ini,” kata Lee Hyeon-ji, seorang pegawai pasukan tindak balas di jabatan bomba tempatan, kepada AFP.

“Namun, angka itu mungkin meningkat kerana terdapat mangsa yang cedera parah,” tambahnya.

Kegagalan fungsi gear pendaratan mungkin punca pesawat Jeju Air terhempas

Kegagalan fungsi gear pendaratan berkemungkinan menyebabkan pesawat penumpang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad, selepas cubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa.

Pesawat Jeju Air yang membawa seramai 181 penumpang dari Bangkok, Thailand itu cuba mendarat di lapangan terbang terbabit pada 9.07 pagi apabila ia terkeluar dari landasan dan melanggar pagar, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pesawat itu cuba mendarat akibat kerosakan gear pendaratan ketika nahas berlaku, selepas percubaan pendaratan pertamanya gagal.

Ia bagaimanapun dilihat gagal mengurangkan kelajuan sehingga sampai ke penghujung landasan dan merempuh struktur di pinggir luar lapangan terbang, kata pihak berkuasa.

Nahas itu merosakkan pesawat dengan sangat teruk dan mengakibatkan kebakaran.

Saksi berkata, tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar masih tidak diaktifkan mungkin memperlihatkan cubaannya mendarat cemas, dengan perlanggaran kapal terbang itu dianggap sebagai punca kerosakan.

-Bernama

video detik kejadian: