KUANTAN - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dilaporkan ibunya pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan keterangan ibu mangsa (pengadu), anak perempuannya itu disedari hilang kira-kira jam 3 pagi selepas tiada di dalam bilik di rumahnya di Taman Sri Inderapura di sini.
Menurutnya, pengadu telah mencari anak gadisnya itu di sekitar Kuantan namun gagal menemuinya sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 8.49 malam hari sama.
"Mangsa yang difahamkan sudah tidak bersekolah itu kali terakhir dilihat pada siang hari sama," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu diminta terus menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kuantan di talian Hotline: 09-5652089.