Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tarian Lucah: Tetamu yang hadir majoriti pelombong dari China, kata Exco Kelantan


KOTA BHARU: Penganjur majlis makan malam tertutup di Tanah Merah yang membenarkan seorang wanita berpakaian tidak sopan sehingga mencolok mata di depan khalayak boleh dikenakan tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998.


Bagaimanapun beliau masih menunggu laporan penuh dari Majlis Dearah Tanah Merah sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Setiap persembahan hiburan sama ada terbuka atau tertutup mesti mohon permit. Saya difahamkan, majlis makan malam itu berlangsung di premis yang merupakan dewan salah sebuah sekolah di Tanah Merah pada 21 Disember lalu. Saya difahamkan sebahagian besar tetamu yang hadir ke majlis tersebut adalah pelombong-pelombong dari Tanah Besar China yang menjalankan kerja lombong sekitar Sokortaku,” katanya hari ini,

Hilmi memberitahu, majlis tersebut turut dihadiri oleh pekerja syarikat dan tetamu luar.

Katanya, selain penganjur, pemilik premis turut boleh dikompaun kerana tiada Lesen Tempat Hiburan kerana dewan yang digunakan itu bukan premis hiburan.

“Jika disabitkan kesalahan, semua mereka terlibat boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Terdahulu tular video yang memaparkan gelagat seorang penari berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet. Ini kerana ia melanggar peratuan ditetapkan kerajaan negeri. – UTUSAN

video: