Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tindakan umpan ahli UMNO keluar adalah resepi keretakan -Wan Rosdy


KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN UMNO

UMNO KONSISTEN MENENTANG AMALAN LOMPAT PARTI

Kestabilan politik dan kerajaan hari ini bergantung kuat kepada sikap hormat menghormati dan saling mempercayai di antara parti-parti yang membentuknya.

Seperti yang dinyatakan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, UMNO sangat menghormati keberadaan dan kedudukan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan.


Justeru, adalah wajar UMNO juga menerima penghormatan yang sama.

Tindakan mengumpan atau menawarkan jawatan-jawatan tertentu kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar dan meninggalkan UMNO untuk menyertai parti lain yang turut berada dalam Kerajaan Perpaduan adalah resepi keretakan yang perlu dielak.

UMNO konsisten menentang amalan lompat parti yang pernah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil suatu masa dahulu. Sebagai parti yang paling terkesan akibat budaya ini, UMNO menyedari kesan buruk yang dibawanya.

Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail
Naib Presiden UMNO
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
15 Disember 2024 / 13 Jamadil Akhir 1446 Hijrah