Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO nampak lemah, lihat bagaimana MP PAS bersatu buat usul untuk Najib -Nazif (video)


KUALA LUMPUR - Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin meluahkan rasa kecewa kerana UMNO dilihat lemah dalam isu perjuangan menuntut keadilan terhadap Najib.

Menurut pandangan peribadi Ketua UMNO Bahagian Langkawi tu, pada permulaan prinsip perjuangan UMNO untuk Najib sangat benar.  Tapi dalam perjalanan yang terlalu lama ini, musuh-musuh akan mula ambil kesempatan.


"Macam yang Presiden UMNO kata ada benda yang boleh kata, ada benda yang tak boleh dikongsi, tapi disitulah musuh-musuh ambil kesempatan." katanya ketika ditemubual dalam podcast U Okay? bersama moderator Dato Gulam Muzaffar.  

"Dan disitulah lagi kita perpanjangkan lagi isu ini, disitulah orang nampak ada peluang untuk memecah belahkan lagi UMNO."

"Dan itulah yang saya sedih. Saya kasi contoh baru ini. Bukannya saya rasa UMNO tak boleh buat ya. Daripada MP (UMNO) semua buat memorandum minta speaker (Dewan Rakyat) buka isu Dato Seri Najib. Kalau nak buat semalam pun boleh buat, tiada masalah. Anytime kita boleh buat, saya tahu. 

"Tapi kita boleh kata mereka hipokrit atau sebagainya. Tapi bayangkan bukan senang nak dapatkan Setiausaha Agong PAS untuk keluarkan surat (Usul Titah Adendum) dan MP PAS yang lain tandatangan surat itu.

"Itu tunjuknya di mana mereka boleh bersatu dalam satu isu untuk Dato Seri Najib" ujarnya. 

video: