SIARAN MEDIA: POLIS DIRAJA MALAYSIA DAERAH TAIPING
TANGKAPAN BERSABIT KES VIDEO VIRAL KEJADIAN MEMBAKAR SEBUAH MOTOSIKAL
PADA 26 DISEMBER 2024 JAM LEBIH KURANG 1627 HRS, IBU PEJABAT POLIS DAERAH TAIPING TELAH MENERIMA (1) LAPORAN POLIS DARIPADA (1)(L) MELAYU MENGENAI KEJADIAN (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MEMBAKAR SEBUAH MOTOSIKAL JENIS HONDA RSX WARNA HITAM NO PENDAFTARAN VJQ 4323 DI JALAN MASJID POKOK ASSAM TAIPING PERAK RERDASARKAN VIDEO YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL TERSEBUT MEMAPARKAN (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MENYIMBAH CECAIR DISYAKI PETROL KE ATAS MOTOSIKAL LALU MEMBAKARNYA.
BERTINDAK ATAS MAKLUMAT, PADA 26 DISEMBER 2024 JAM LEBIH KURANG 1930 HRS SEPASUKAN POLIS DARIPADA IBU PEJABAT POLIS DAERAH TAIPING TELAH MEMBUAT TANGKAPAN KE ATAS (1) PEREMPUAN MELAYU BERUMUR UNGKUNGAN 40AN BAGI SIASATAN LANJUT DI BAWAH SEKSYEN 435 KANUN KESEKSAAN.
BERDASARKAN SIASATAN AWAL MENDAPATI MOTIF KEJADIAN BERPUNCA DARIPADA TANGKAPAN YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN TINDAKAN PENARIK MOTOSIKAL MAHU MENARIK MOTOSIKAL TERSEBUT YANG TELAH TERTUNGGAK BAYARAN ANSURANS SELAMA (20) BULAN.
SATU KERTAS SIASATAN TELAH DIBUKA DI BAWAH SEKSYEN 435 KANUN KESEKSAAN (KHIANAT DENGAN API) YANG MANA JIKA DISABITKAN KESALAHAN BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA YANG BOLEH SAMPAI (14) TAHUN DAN BOLEH DIKENAKAN DENDA.
POLIS DAERAH TAIPING MENYERU KEPADA MASYARAKAT PENDUDUK TAIPING KHUSUSNYA TERUS MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK POLIS BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN DAN KETENTERAMAN AWAM. SEDIA MAKLUM, SETIAP PERLAKUAN JENAYAH PASTINYA MENIMBULKAN KEBIMBANGAN DAN KEGUSARAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT. OLEM YANG DEMIKIAN, POLUS DAFRAH TAIPING SENTIASA MENGAMBIL LANGKAH PROAKTIF BAGI MEMASTIKAN DAFRAH TAIPING SENTIASA SELAMAT DIDIAMI DAN SELAMAT DILAWATI.
video: