Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahli UMNO tetap hadir sokong Najib atas kapasiti peribadi


KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dibenarkan berhimpun namun apa salahnya jika ahli parti datang menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak atas kapasiti peribadi.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berpendapat, kehadiran ke Istana Keadilan pada 6 Januari ini merupakan ekspresi solidarity.


“Sebagai ahli parti yang setia, kita akur dengan arahan parti untuk menghormati kuasa prerogatif dan keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Bagaimanapun, atas kapasiti peribadi, kita tetap hadir untuk memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Najib Razak. Kehadiran ini bukanlah bertujuan melanggar mana-mana ketetapan, tetapi merupakan ekspresi solidariti dan tanda hormat terhadap jasa besar beliau kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman UMNO untuk tidak mengadakan himpunan solidariti Najib pada 6 Januari ini ekoran titah YDPA dan Polis Diraja Malaysia.

Syed Rosli berkata, kehadiran dengan tertib, disiplin dan dalam kerangka undang-undang, sambil menyampaikan mesej yang jelas semua mahukan keadilan yang sebenar ditegakkan tanpa sebarang kompromi.

“Sokongan kita ini adalah lambang suara rakyat yang ingin memastikan keadilan berlaku dengan adil dan saksama, bukan berdasarkan tekanan atau pengaruh mana-mana pihak.

“Dengan kehadiran kita, insya-Allah, perjuangan ini akan terus kuat. Ini adalah satu usaha bukan sahaja demi Datuk Seri Najib tetapi demi memastikan prinsip keadilan terus terpelihara dalam negara kita,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette