Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Bos saya bukan suka claim credit" Nizar dedah Wan Rosdy pendorong keluarga perjuangkan kes Najib



Syukur Alhamdulilah di atas keputusan 2-1 di mahkamah rayuan yang memihak kepada Ayahanda Dato Sri Najib Razak. 

Dengan keputusan ini, beliau mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.


Saya ingin membuat nukilan dan posting khas kepada Bos Saya YAB Dato Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismaill. 

Selain usaha Dato Sri Zahid Hamidi, Presiden UMNO  untuk fail affidavit titah addendum yang saya amat hargai, beliau juga mengambil risiko peribadi untuk mengesahkan pada awalnya, kewujudan titah addendum dan tahanan rumah melalui affidavit yang beliau fail dengan mahkamah. 

Tanpa pengesahan awal ini, orang ramai tidak tahu akan kewujudan titah tersebut. 

Tidak ramai yang tahu yang saya sentiasa berhubung dengan YAB Menteri Besar, memohon nasihat dan pandangan sepanjang saga titah addendum ini berlangsung. 

Beliau banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang saya dan keluarga perjuangkan perkara ni bagi pihak ayahanda.

Bos saya ni bukan jenis yang suka claim credit tak tentu pasal. Beliau jenis yang kuat bekerja, tahu-tahu kerja dah siap, biar pencapaian dan prestasi tu berbicara. Dalam erti kata “Action speaks louder than words”. 

Lihat sahajalah pencapaian hasil negeri yang meningkat berlipat ganda,  setinggi 175% antara 2018-2025

Sebagai Exco penggal pertama banyak Saya belajar daripada YAB Dato Sri Diraja dalam
Bab kepimpinan. 

Bagaimana beliau selesaikan masalah, damaikan pihak-pihak yang sedang bertelagah, uruskan krisis kecil mahupun besar dan hadapi banyak cabaran dengan tenang.

Terima kasih tak terhingga Dato Sri Diraja Menteri Besar. 

Saya dengan ikhlas selalu mendoakan agar Dato Sri Diraja diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus memimpin kami di pentadbiran negeri Pahang.