Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guan Eng dikejar ke hospital, tersepak bucu katil


GEORGE TOWN - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengalami kecederaan kecil pada jari kakinya setelah tersepak hujung katil pada pagi Khamis.

Guan Eng dalam hantaran di Facebooknya berkata, akibat daripada itu, beliau telah menjalani prosedur kecil iaitu 'Local Anaesthetic' di Hospital Island Penang di sini.


"Saya baru menjalani rawatan untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang 'terkeluar' (dislocate) susulan saya terlanggar hujung katil pagi tadi.

"Syukur keluarga saya mendesak saya untuk dapatkan rawatan segera," katanya.

Guan Eng turut berterima kasih kepada Pakar Ortopedik Hospital Island Penang, Datuk Dr Oh Kim Soon yang merawatnya ketika sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Terima kasih kepada doktor pakar yang sudi membantu untuk merawat jari kaki saya hari ini walaupun beliau sedang bercuti Tahun Baru Cina.

"Terima kasih, doktor," katanya.

Beliau turut berkongsi dua keping gambar pada hantaran tersebut termasuk imej imbasan X-ray jari kakinya.



Sementara itu, hantaran bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat lebih 6,000 tanda simpati, 1,500 komen dan dikongsi oleh 86 pelayar Facebook.

Rata-rata telah mendoakan Guan Eng cepat sembuh dan memohon agar beliau berehat sepenuhnya.

'Local Anaesthetic' merujuk kepada jenis ubat bius yang digunakan untuk mematikan rasa pada kawasan tubuh tertentu tanpa mempengaruhi kesedaran pesakit.

Ia biasanya digunakan untuk prosedur kecil atau rawatan yang hanya melibatkan kawasan tertentu, seperti jahitan luka atau pembetulan tulang, supaya pesakit tidak merasa sakit di kawasan tersebut semasa prosedur dijalankan.