PETALING JAYA: Amanah dan Pakatan Harapan (PH) tidak ada bincang tentang menyertai himpunan solidariti bersama bekas presiden Umno, Najib Razak pada 6 Jan ini.
Pada 28 Dis lalu, ahli majlis kerja tertinggi Umno, Puad Zarkashi, kata semoga parti politik lain termasuk dari PH turut bersama solidariti itu.
“Setakat ini tiada perbincangan dibuat Amanah, PH,” kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad kepada FMT.
“Kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan.”
Sebelum ini dilaporkan PAS akan mengadakan himpunan solidariti di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Kelmarin, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dari DAP membidas Umno kerana berganding bahu dengan PAS mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib.
Lim berkata ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan Umno menjadi rakan kongsi dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Puad dalam kenyataan semalam berkata Umno tidak pernah berbincang atau mahu bekerjasama dengan PAS menganjur solidariti itu.