Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Yusup dilantik Ketua Pengarah JKOM gantikan Dr Agus


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM yang baharu.

Maklumat mengenai perlantikan bekas Ahli Dewan Negara daripada PKR itu, dikongsikan menerusi akaun Facebook AKM hari ini yang mengucap tahniah kepada Ismail di atas perlantikan itu.


"Seluruh warga kerja AKM mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ismail Yusop atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah JKOM.

"Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan," kata AKM.

Perlantikan Ismail adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Dr Mohd Khairuddin Othman, ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah JKOM pada September 2023.

Terdahulu, Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit yang sebelum itu disandang Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.