Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah tidak boleh ganggu kuasa Titah Pengampunan YDPA -Peguam Hak Asasi Manusia


Mengikut kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Malaysia sebelum ini. Mahkamah tidak boleh mengganggu kuasa Titah pengampunan banduan oleh Baginda YDPA.

Tiada keperluan untuk Mahkamah untuk masuk campur mengesahkan sama ada proses titah ini sah atau tidak kerana ia merupakan kuasa mutlak YDPA di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Sebagai ahli biasa UMNO, menyalahkan mana-mana pihak sama ada pihak Peguam Negara, bekas peguam negara, Menteri-Menteri atau Perdana Menteri sekali pun bagi saya ia adalah satu tindakan buang masa.

Seperti yang dititahkan oleh Baginda YDPA di dalam Addendum, keluarkan DSNR dari penjara Kajang dan letakkan beliau segera di bawah tahanan rumah.

Saya berharap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapat menyegerakan perbicaraan kes Semakan Kehakiman DSNR ini secepat yang mungkin.


Adzly Ab Manas
Aktivis Hak Asasi Manusia
Peguambela Peguamcara