MCA Johor memohon maaf susulan penyiaran status Facebook yang mempertikai peruntukan berkaitan Islam dan bantuan Malaysia kepada rakyat Palestin.
Mereka menjelaskan bahawa status itu dinaikkan tanpa sengaja oleh seorang pentadbir Facebook tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama negeri.
Malah, kata MCA Johor, ia juga tulisan pihak lain.
“Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas apa yang berlaku.
“MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” kata MCA Johor.
Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr Akmal Saleh telah memberi amaran kepada MCA Johor dan menuntut permohonan maaf dalam tempoh 24 jam sebelum laporan polis dibuat.