Nurul Hidayah, anak kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, dilantik menganggotai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menurut surat pelantikan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abd Kadir, tempoh perkhidmatan Nurul akan bermula dari 2 Jan 2025 hingga 1 Jan 2028.
Surat itu menyatakan bahawa pelantikannya mewakili "komposisi berpengetahuan dan berpengalaman" mengikut Subseksyen 18(1) perlembagaan UPM.
Selepas surat itu tular di media sosial, Nurul berkongsi foto graduasinya di Instagram, dengan keterangan: “Alma mater. UPM 1999–2002. Bismillah.”
Dalam story Instagram, dia menambah:"Sireh pulang ke gagang. Berilmu berbakti. Alma mater. Bismillah".