Kenapa PAS begitu terdesak teruskan Himpunan Solidariti Najib pada Isnin?
Pada mulanya himpunan solidariti ini dimulai dan digerakkan oleh UMNO Pahang dibawah pimpinan DS Diraja Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang.
Kemudian Setiausaha Agong PAS mengeluarkan surat untuk turut sama turun hadir bersolidariti kepada Najib.
Memandangkan Najib bukanlah pemimpin PAS dan langsung tiada apa-apa kaitan dengan parti tersebut, niat mereka untuk turun membanjiri Putrajaya menumbulkan pelbagai spekulasi.
Menurut sumber dalaman PAS, tujuan mereka turun bersolidariti adalah atas dasar rasa terlalu bersalah kerana telah memenjarakan Najib ketika mereka menjadi Kerajaan.
Dengan himpunan pada 6 Januari ini mereka berharap keluarga DS Najib dapat memaafkan perbuatan mereka yang telah sengaja membiarkan sosok tubuh yang banyak jasanya kepada raktat Malaysia ini dibiar menjadi mangsa ketidakadilan.
Hari ini pemimpin PAS sendiri mengaku bahawa Najib tidak diberi ruang dan keadilan yang sewajarnya terutama sekali dalam kes SRC.
Umum tahu, ketidakpuasan hati PAS ketika itu adalah kerana Najib yang popular dengan fenomena Bossku sentiasa menkritik dasar Kerajaan PN dan Keluarga Malaysia terutama sekali mengenai kebajikan rakyat yang ketika itu terjejas teruk akibat dikurung beberapa tahun ketika Covid19. Dan ini telah memberi mereka tekanan yang amat hebat.
Antara keputusan Kerajaan yang tidak disetujui Bossku ketika itu adalah seperti pengeluaran lumpsum KWSP, isu Darurat dan juga paling besar adalah isu Bubar Parlimen.
Oleh kerana tidak tahan dab terlalu marah kepada Bossku, mereka rela beliau dihumban ke dalam penjara lebih cepat dan akhirnya mereka berjaya.
Dan apa yang berlaku selepas itu semua adalah sejarah.
Kini PAS amat menyesali perbuatan mereka dan dengan himpunan solidariti ini mereka harap dapat menebus kembali dosa mereka terhadap Bossku.
Bagi penulis, biarlah saja PAS nak buat apa pun untuk menebus kembali kesalahan mereka. Nak terjerit ke, terlolong ke, atau nak baca sajak sekalipun.
Orang-orang UMNO yang turun nanti, kita duduk santai saja lah.
Biar saja orang-orang PAS buat kerja.
Ditulis oleh: Tun Carlos