Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sindiket pengemis di Bukit Bintang tumpas, raih RM3000 sehari


KUALA LUMPUR - Sindiket pengemis yang mengeksploitasi kanak-kanak dan didalangi warga Yaman tumpas dalam serbuan di Klang, Selangor dan Bukit Bintang, di sini, pada Selasa.

Kejayaan Op Pintas Khas bermula kira-kira jam 10 malam itu dilaksanakan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini bertindak menangkap lapan warga Yaman termasuk dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati salah seorang daripada mereka disyaki dalang sindiket pengemis ini.


"Kegiatan ini dipercayai telah aktif sejak September tahun lalu dan mereka ini merupakan kumpulan yang mengeksploitasi kanak-kanak bagi tujuan mengemis.

"Kesemua mereka ini disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, selain itu, polis turut berjaya menyelamatkan tujuh kanak-kanak termasuk bayi terdiri daripada enam lelaki dan seorang perempuan yang berusia satu bulan hingga 16 tahun.

Dedah Soffian, modus operandi sindiket terbabit ialah mengemis dan meminta sedekah secara berkumpulan bermula jam 6 petang sehingga 3 pagi.

"Anggaran kutipan yang diterima oleh sindiket ini kira-kira RM2,500 hingga RM3,000 sehari," ujarnya.