PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib Razak agar menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.
Panel tiga hakim dalam keputusan 2-1 memerintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendengar merit semakan kehakiman yang dikemukakan bekas perdana menteri itu.
Dua panel hakim mahkamah rayuan Azhahari Kamal Ramli dan Mohd Firuz Jaffril bersetuju membenarkan rayuan Najib manakala pengerusi panel hakim, Azizah Nawawi menyampaikan keputusan tidak bersetuju.
Semasa membacakan keputusan majoriti, Firuz berkata tiada sanggahan daripada responden yang mencabar kewujudan dakwaan titah adendum itu.
Firuz berkata Najib menunjukkan kes itu boleh dipertikaikan.