Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sejak bila Najib pernah cakap tak kenal Jho Low? Jangan alih isu sorok Adendum!


SEJAK BILA NAJIB PERNAH CAKAP DIA TAK KENAL JHO LOW?

Sejak semalam cybertrooper Pakatan Harapan sebok menghentam DS Najib bila  dalam mahkamah beliau mengaku guna Jho Low untuk memudahkan rundingan pelaburan di Arab dan China.

Maka berlegarlah fitnah mengatakan: 

 "Eh, bukan dulu Najib kata tak kenal Jho Low ke, harini tetiba mengaku kenal" 

Untuk info semua, TAK PERNAH lagi DS Najib cakap dia TAK KENAL Jho Low. Malah beberapa tahun dulu Najib pernah cabar sesiapa yang boleh berikan link berita atau video yang sahih yang menunjukkan beliau kata "Saya Tak kenal Jho Kow.

.
Berikut adalah posting DS Najib yang mendedahkan bagaimana fitnah ini bermula: 

____________________________________

Dari FB Najib Razak: 

 Sesiapa yang membaca komen dalam posting-posting saya  sudah tentu akan nampak beberapa komen dari orang-orang berlainan yang berbunyi:

"Dalam FaceBook, Najib semua tahu. Dalam mahkamah, semua dia tak tahu".

Kenapa komen dari orang berlainan tapi bunyinya sama atau serupa?

Kerana ini adalah taktik propaganda "satu penipuan yang diulangi seribu kali akan menjadi kebenaran".

Dan komen-komen itu adalah dari penulis-penulis media sosial PH gaji RM2.5k atau RM5k sebulan.

(Sebab itu, mereka adalah antara komen-komen paling awal setiap kali saya membuat posting kerana mereka ditugaskan untuk berjaga-jaga setiap kali saya muat naik posting baru)

Propaganda "Najib tak tahu" ini dilahirkan oleh portal MalaysiaKini yang menaikkan artikel bertajuk "Dalam keterangan Mahkamah, 46 kali Najib kata tak tahu." semasa saya MULA memberi keterangan dalam mahkamah.

MalaysiaKini berdasarkan artikel ini kerana dalam pernyataan bertulis saya yang panjangnya 243 halaman dalam perbicaraan kes SRC, ada 46 kali saya kata saya tak tahu.

Bayangkan, 46 kali dalam 243 pages yang merangkumi kejadian-kejadian dalam tempoh 9 tahun dan melibatkan aksi berpuluh-puluh individu lain!

Selepas itu, page-page PH mula membuat grafik-grafik posting berulang kali dengan mesej yang sama: "Dalam FaceBook, Najib semua tahu. Dalam mahkamah, semua dia tak tahu".

Selama 2 bulan sejak 3 Disember lalu saya disoaljawab dalam mahkamah.

Ratusan soalan sudah pun saya jawab.

Sesiapa yang baca dengan teliti perkembangan harian kes saya akan tahu bahawa saya menjawab kebanyakan soalan-soalan dengan baik. 

(Itulah sebab saya minta perbicaraan saya disiarkan secara langsung supaya Rakyat dapat kebenaran)

Tapi penulis-penulis media soal PH masih kata "Najib apapun tak tahu".

Cuba tanya mereka "Ratusan soalan yang telah ditanya kepada Najib, berapa soalan yang dia jawab tak tahu?"

Gerenti mereka akan merajuk.

Ini bukan kali pertama PH gunakan taktik propaganda seperti ini untuk menipu Rakyat.

Sesuatu masa dahulu, ramai akan 100% pasti bahawa Najib pernah kata dia tak kenal Jho Low.

Tetapi bila disuruh tunjuk sumber berita sahih atau video di mana Najib pernah kata dia tak kenal Jho Low, mereka gagal menjawab.

Jika ditekan lagi, penulis-penulis media sosial PH akan mula meroyan atau suruh kamu cari sendiri. 

Sebab itu, ganjaran RM6,000 cash yang ditawarkan oleh netizen untuk sesiapa yang boleh memberi sumber sahih di mana saya pernah kata saya tak kenal Jho Low masih belum dimenang sejak awal bulan Disember.

Jika kamu ada bukti atau minat, hadiah itu masih boleh dituntut di sini: