Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO akan terus perjuang pengampunan penuh Najib -Zahid


 1. UMNO menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah memperakukan Titah Addendum berkenaan penahanan dalam rumah (house arrest) Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak adalah wujud dan sahih.
 
2. Perakuan kesahihan Titah Addendum ini yang dizahirkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang membuktikan kebenaran afidavit tambahan menyokong petisyen Dato’ Sri Najib yang telah dibuat oleh saya dan YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, sebelum ini.
 

3. UMNO menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung dan akan terus memperjuangkan keadilan buat Dato’ Sri Najib.
 
4. Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli UMNO serta penyokong setia yang tidak pernah lelah memberikan sokongan dan doa sepanjang perjalanan ini. 
 
5. ⁠UMNO memohon ihsan, kebijaksanaan dan keadilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh buat Dato’ Sri Najib selaras kuasa prerogatif Baginda di bawah peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
 
AHMAD ZAHID HAMIDI