Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wakil AGC beritahu mahkamah, adendum tidak dibincangkan pada 29 Jan


Mahkamah Rayuan hari ini mendengar permohonan Najib Razak untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum pada Januari tahun lalu yang akan membolehkan dia menjalani tahanan rumah.

Adendum tidak dibincangkan’

11:06 pagi: Prosiding Mahkamah Rayuan bersambung dengan peguam kanan persekutuan yang mewakli Lembaga Pengampunan berhujah bahawa lembaga itu pada 29 Jan tahun lepas hanya mengendalikan titah untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib.


Menurut Shamsul Bolhassan, mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari tahun lalu tidak menyentuh mengenai sebarang dakwaan titah tambahan untuk Najib menjalani baki tempoh penjara tertuduh sebagai tahanan rumah.

Wakil dari Jabatan Peguam Negara (AGC) itu berkata Mahkamah Rayuan sepatutnya menolak cubaan untuk mengakui afidavit oleh anak Najib, Nizar.

Afidavit Nizar mendakwa bahawa Istana Pahang mengesahkan dengannya bahawa titah mengenai tahanandi  rumah itu wujud.
 ke Mahkamah Rayuan

Hakim terganggu AGC tidak cabar titah adendum

Pada 11.27 pagi:l, Hakim Mohd Firuz Jaffril berkata dia terganggu kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak langsung mencabar kewujudan titah tambahan yang membolehkan  Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah. .

Katanya, bahawa setakat ini hujah oleh wakil undang-undang untuk Menteri Dalam Negeri, kerajaan dan beberapa yang lain adalah isu teknikal perundangan dan bukannya menafikan kewujudan adendum tersebut.

"Saya sangat terganggu," kata Firuz sambil menambah dia hanya meluahkan fikirannya dan masih belum memutuskan sama ada rayuan Najib patut dibenarkan.

Sekiranya Najib memenangi rayuan hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar merit hujah peguamnya bahawa adendum itu memang wujud dan kerajaan mesti memastikan ia dikuatkuasakan.