KUALA LUMPUR: Warga Palestin yang diselamatkan kerajaan Malaysia dan ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), dilaporkan telah merusuh pada Sabtu.
Semalam tersebar video yang melaporkan warga Palestin telah mengadakan mogok lapar dan merusuh. Rusuhan itu dilakukan oleh ramai warga termasuk yang dewasa dan kanak-kanak.
Menurut laporan makanan yang disediakan secara percuma untuk mereka telah dibuang begitu sahaja.
Banyak harta benda milik WTKL telah mereka rosakkan seperti pasu bunga dan pintu pagar utama juga cuba dirosakkan mereka.
Selain itu, mereka juga telah membakar bantal dan cadar di perkarangan WTKL
Punca insiden kekecohan disebabkan mereka mahu proses permohonan untuk kembali ke negara asal dipercepatkan.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan insiden itu berlaku pada jam 5 petang Sabtu.
"Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.
"Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat," katanya.
Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
video: