GEORGETOWN: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Khabar duka itu disahkan ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, ketika dihubungi sebentar tadi.
"Fahmi (Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin) sudah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 malam, ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ( HPP).
"Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumah neneknya di Permatang Binjai, Penaga.
"Jenazah akan diuruskan di rumah dan dijangka dikebumikan pada esok pagi," katanya.
Terdahulu, media melaporkan mengenai keadaan kanak-kanak terbabit yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP
Kanak-kanak itu dikatakan rebah di Kelas -Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira jam 2.30 petang Selasa.
Dia diehantar ke Hospital Seberang Jaya, namun dia dipindahkan ke HPP.
Bagaimanapun, doktor memberitahu harapannya memang tipis, otak dah bengkak, ada saluran darah pecah dan terdapat darah beku.
Harapan sangat tipis kerana oksigen tak sampai ke otak.