KAJANG - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati di hadapan sebuah unit pangsapuri di kawasan Kajang, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan insiden itu pada jam 11 pagi.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis bersama pasukan forensik pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Naazron berkata, senjata pisau yang digunakan dalam kejadian itu telah dirampas bersama beberapa sampel barang kes lain bagi membantu siasatan.
"Seorang wanita tempatan berusia 59 tahun telah ditangkap bagi membantu siasatan. Suspek telah direman lima hari bermula Isnin hingga Jumaat," katanya.
Beliau berkata, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari, Isnin.
"Punca kematian adalah 'multiple stab wounds'. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes ASP Mohamed Hafeez Hamzah di talian 019-6556536," katanya.
-Sinar Harian