KUALA LUMPUR: Jadual lawatan rasmi TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Republik Türkiye bersama delegasi ke Malaysia berakhir dengan kejayaan memeterai beberapa perjanjian persefahaman
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, pada tahun 2024, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat.
"Tahun 2024 juga mencatatkan jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7% kepada RM24.13 bilion (USD5.28 bilion) dari tahun sebelumnya."ujarnya.
"Secara keseluruhan, Malaysia dan Republik Türkiye telah bertukar 11 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Nota, bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kolaborasi media.
Erdogan dan Perdana Menteri Anwar juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, termasuk keadaan di Palestine, Syria, Myanmar serta Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
sumber: FB Tok Mat