Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Suspek kes cabul murid perempuan ketika solat Subuh berjaya ditahan -Polis (video)


HULU SELANGOR: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku ketika budak perempuan terbabit sedang sujud bersolat Subuh di belakang barisan jemaah wanita.


Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit kini tersebar di media sosial, memaparkan kejadian itu.

Wakil masjid itu mengesahkan kejadian terbabit ketika dihubungi sebuah portal berita termasuk tangkapan suspek yang sudah dibuat tetapi enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan rakaman CCTV yang tersebar, seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri, justeru menyebabkan tindakan itu tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Dalam rakaman berasingan, lelaki itu dilihat bergelut, meraba, memeluk dan cuba melondeh seluar mangsa.

Bagaimanapun suspek melarikan diri selepas mangsa melawan perbuatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim,  memaklumkan suspek telah ditahan dan direman untuk siasatan.



video: