Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Empat bekas pegawai Ismail Sabri ditahan SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber SPRM mengesahkan penahanan empat pegawai terbabit dan sudah mendapatkan perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya semalam.


Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman tiga hari dan dibebaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

Nama pegawai yang sedang tersebar di whatsapp:

1. DATO' MOHAMMAD ANUAR BIN
MOHD YUNUS

2. MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD
ARIFF

3. SYED MOHD FAZMI BIN SAYID
MOHAMMAD

4. WAN HAZIRAH BINTI WAN
DRAMAN @WAN RAZALI