Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

YB Young Syefura bercerai lagi



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengesahkan bahawa rumah tangga yang dibinanya bersama Muhammad Edrin Nordin selama 3 tahun sudah berakhir kira kira 7 bulan yang lepas.

Young Syefura, 36 tahun mengesahkan perkara itu melalui Instagram miliknya pada Ahad lepas dengan menyiar ulang hantaran ‘insta story’ dari bekas suaminya yang dibuat menerusi akaun ‘edrinfurtado’.


“Assalammualaikum wbt, dengan rendah diri saya ingin maklumkan bahawa saya dan bekas isteri @young.syefura telah pun bercerai secara rasmi pada 25 Julai 2024 yang lalu. Sekian,”

Sebelum ini Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, melangsungkan perkahwinan dengan Edrin yang juga ahli perniagaan pada 10 April 2021.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari itu juga sebelum ini pernah mengalami keguguran pada tahun 2022.

Ini merupakan perceraian kali kedua beliau selepas bercerai dengan suami pertamanya Muhammad Masyhur Abdullah pada tahun 2019 setelah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun. -SUARA.TV