Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenapa perlu ada dua parti jika perjuangan UMNO Bersatu sama? -Hamzah


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin yakin bahawa Bersatu akan bergabung dengan UMNO dan tidak akan ada lagi dua parti yang berbeza.

Katanya tiada sebab bagi UMNO dan Bersatu untuk terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, asas matlamat perjuangan yang sama sepatutnya membolehkan Bersatu dan UMNO duduk semeja.


"Saya tak nampak pun pertembungan yang menyebabkan UMNO dengan Bersatu tidak boleh duduk semeja.

"Kalau perjuangan itu sama, mengapa perlu adanya dua parti? Sebab itu saya setuju dan yakin ianya akan kembali.

"Justeru, pemimpin juga perlu membuang ego dan mengukuhkan prinsip berterus terang demi kepentingan negara," katanya.

Ahli Parlimen Larut itu berkata demikian ketika menjadi tetamu siri audio siar Keluar Sekejap dihoskan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO,Shahril Sufian Hamdan pada Jumaat.