KUALA LANGAT - Enam jenis ubatan berbentuk pil dipercayai dari Jepun dirampas polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian isteri kepada usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura yang terjatuh dari sebuah kondominium di Subang Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua ubatan yang ditemui di kediaman mangsa itu dihantar kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.
"Ubatan berbentuk pil dan ada enam jenis.
"Kita perlu jumpa pakar ubat untuk kenal pasti jenis ubat sama ada ubat biasa atau tujuan lain.
"Ubat ini akan dirujuk kepada pihak pakar farmasi KKM dan sekiranya perlukan di Jepun kita akan melalui bantuan Kedutaan Jepun untuk maklumat lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan kilang sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang di sini pada Khamis.
Beliau sebelum itu mengiringi Menteri Dalam Negeri meninjau kilang terbabit yang melibatkan rampasan peluru dan kelongsong seberat kira-kira 50 tan pada 15 Februari lalu.
Mengulas lanjut, kata Hussein, pihaknya juga akan meneliti dakwaan mangsa tergelincir hingga mengakibatkannya terjatuh dari kondominium terbabit selain aspek kemurungan atau masalah perubatan.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita Jepun, Akiko Okumura ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada 28 Februari lalu.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita Jepun, Akiko Okumura ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada 28 Februari lalu.
Tambahnya, setakat ini polis telah merekodkan keterangan enam individu termasuk suami mangsa iaitu Ridzokumura dan anaknya.
"Empat lagi individu adalah pihak hospital yang melakukan bedah siasat dan saksi awam yang berada di tempat kejadian.
“Kes berkenaan masih disiasat sebagai kematian mengejut (SDR)," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita Jepun, Akiko Okumura ditemukan maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pada 28 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memaklumkan pasukan peronda dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan menerusi talian MERS 999, jam 8.07 pagi.
Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 50-an sudah meninggal dunia berada dalam keadaan tertiarap.
Mangsa merupakan suri rumah dan sudah menetap di Malaysia kira-kira 14 tahun lalu.