KES SYED SADDIQ SEMUANYA BERMULA DI SINI
-Tiada ada angin dan hujan, pada 3 March 2020 tetiba Syed Saddiq buat laporan polis kononnya duit dalam peti besi hilang. Kecoh satu Malaysia.
-Menurut Saddiq, ada dua lagi individu yang tahu kata laluan (password) peti besi tersebut
-Menurut polis, pada mulanya Syed Saddiq dakwa duit yang hilang tu adalah duit simpanan dia dan mak ayah dia.
-Bila siasatan dibuat atas Bendahari Armada (individu yang tahu oassword) kenyaaan dia berbeza kerana duit dalam peti besi itu ada pula kaitan dengan duit politik
-Kantoi perbualan whatsapp group bila polis dapat trace balik conversation mereka berbincang mengenai kehilangan wang dalam peti besi.
-Dalam kumpulan WhatsApp itu juga, Syed Saddiq ada bincang mengenai naratif bagaimana alasan yang perlu dikeluarkan kepada pihak media mengenai kehilangan wang tersebut.
-Di akhir perbincangan dalam kumpulan WhatsApp itu, YB Syed Saddiq tidak bersetuju dengan cadangan ahli kumpulan dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu, ayah dan beliau sendiri.
-Hasil laporan polis yang dibuat Syed Saddiq, terbongkar lagi banyak pecah amanah yang telah dibuat Syed Saddiq.
-Selepas siasatan, Polis mengesyaki Syed Saddiq bersubahat dalam kehilangan wang tersebut. Tiada kesan umpilan, tiada cap jari orang lain dan tiada kesan rumah diceroboh.
-Dan selebihnya adalah sejarah..
-Btw,Bella Astillah pun belum rapat lagi dengan Syed Saddiq pada waktu itu.
RECAP KES PECAH AMANAH SYED SADDIQ
Pada tahun 2020, SPRM telah membuka lima Kertas Siasatan bagi menyiasat isu berkaitan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman melibatkan pecah amanah jenayah dana ARMADA, Bersatu berjumlah RM1 juta, penyalahgunaan wang sumbangan PRU-14 berjumlah RM120,000.00 dan pengubahan wang hasil aktiviti haram dengan memindahkan wang berjumlah RM100,000.00 untuk dua transaksi.
Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan iaitu pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000.00 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pada 5 Ogos 2021 pula, Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua lagi pertuduhan iaitu pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.00 dan mahkamah kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.
Sejumlah RM600,537.00 wang tunai telah disita oleh pihak SPRM membabitkan pecah amanah dana ARMADA, Bersatu manakala sejumlah RM4,652,155.62 wang tunai dalam akuan bank disita oleh SPRM melibatkan penyalahgunaan dana YPC yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
Keputusan Hakim
9 November 2023
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.
Keputusan ini dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Dato’ Azhar Abdul Hamid setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan
sumber: SPRM
Tulisan: TunCarlos