Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Majlis beri lesen sementara kepada penjual petai viral


Berkenaan isu viral yang melibatkan penjual petai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson berhampiran Family Store,YB Dr Rajasekaran Gunnasekaran ADUN Sri Tanjung, bersama YDP MPPD Tuan Hasnor , SU MPPD Tuan Mohd Azizul Hakim , Unit Penguatkuasa, Unit Perlesenan, serta Ahli Majlis Perbandaran Tuan Segaran Annamalai  telah mengadakan lawatan ke rumah Pak Cik Mohd Noor Bin Saad bagi menyelesaikan perkara ini secara baik. 

YB juga menyampaikan sedikit sumbangan mewakili YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun Ahli Parlimen Port Dickson bagi mengantirugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini.


Hasil perbincangan, pihak MPPD bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah. 

Selain itu, Pegawai Penguatkuasa MPPD, En. Kamarul, juga hadir ke rumah Pak Cik Noor dan bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini. 

Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. 

Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan. 

Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang.