Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Masalah selesai, kuil baru akan dibina berdekatan -Saravanan



KUALA LUMPUR: Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman akan dibina di atas tapak baru seluas 4,000 kaki persegi kira-kira 50 meter dari binaan yang ada sekarang, kata Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Saravanan memberitahu, kawasan baru itu - yang masih terletak di Jalan Munshi Abdullah - akan menjadi tapak tetap kuil tersebut.


"Ia akan diwartakan di bawah nama kuil itu. Orang kuil juga sangat gembira kerana ia berada di kawasan Jalan Masjid India sekarang.

“Kuil sekarang boleh beroperasi seperti biasa sehinggalah kuil baru siap,” katanya.

Terdahulu Saravanan bersama beberapa yang lain mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan, serta ahli jawatankuasa kuil terbabit.

Menurut Saravanan, jawatankuasa kuil terbabit dan penganut Hindu menyambut baik penyelesaian yang dicapai dengan DBKL.

Sebelum mesyuarat itu, setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Karthik Gunaseelan, mendedahkan bahawa persetujuan untuk berpindah itu dicapai semalam selepas mereka berundingan dengan DBKL.