Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MB Pahang umum 'duit raya' RM1000 kepada semua penjawat awam



KUANTAN, 12 MAC 2025 : Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, pemberian dengan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta ini bertujuan untuk meringankan beban bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.


“Kerajaan Negeri Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam Negeri Pahang.

“Pemberian ini melibatkan kira-kira 8,000 penjawat awam Negeri Pahang dengan implikasi kewangan sebanyak RM8 juta bertujuan untuk meringankan beban bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri.

“Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya.

Jualan Makmur Aidilfitri

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Pahang juga akan mengadakan Program Jualan Makmur
Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 melibatkan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri di 26 lokasi seluruh Pahang.



“Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 yang merupakan program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri bermula 22 hingga 27 Mac 2025 melibatkan 26 lokasi jualan di seluruh Pahang.

“Program ini melibatkan kerjasama pasar raya dan pembekal terpilih dengan pengurangan harga barangan daripada 15 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa yang disubsidikan oleh Kerajaan Negeri melibatkan implikasi kewangan RM1.1 juta bagi mengurangkan beban rakyat yang akan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Justeru, saya berharap agar masyarakat di negeri ini mengambil peluang selama enam hari penganjuran untuk menyokong program Jualan Makmur ini dengan menikmati pengurangan harga yang menarik bagi memeriahkan lagi
sambutan Aidifitri pada tahun ini,” katanya. -PAHANGMEDIA