Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Nabil, Azad dan Radin digantung tugas DJ ERA (video)


KUALA LUMPUR: Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan digantung dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Penyampai segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran satu video di platform media sosial stesen radio Era, pagi ini.


Permohonan maaf itu dilakukan selepas hantaran terdahulu yang dimuat naik di platform media sosial stesen radio itu, memaparkan tindakan mereka yang didakwa mempersenda perayaan Thaipusam.

"Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat kami. Kami di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era baru-baru ini.

"Ini berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan menyinggung hati segelintir pihak dan juga sahabat-sahabat kami yang berbangsa India," kata Nabil.

Sementara itu, Radin juga turut mengakui kesilapan pihak mereka dan akan memastikan perkara sama tidak berulang di masa akan datang.

"Sebenarnya kami juga mengakui kesilapan serta kekhilafan kami. Kami juga akan pastikan perkara sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Azad yang muncul dalam video sebelum itu melakukan tarian dan gerakan ala yang didakwa mempermainkan amalan penganut Hindu itu juga mengakui kesilapannya dan menerima setiap kritikan secara terbuka.

"Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen ataupun kritikan untuk memperbaiki lagi diri kami terutamanya daripada pendengar setia kami di Era.

"Jadi, sekali lagi kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan. Jadi, maaf sangat-sangat daripada kami di 3 Pagi Era," katanya.

Terdahulu, tindakan ketiga-tiga penyampai radio itu dilihat menyinggung perasaan penganut Hindu selepas video itu tular di media sosial.