Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rayuan Syed Saddiq: Tiada keputusan dibuat hari ini


PUTRAJAYA: Tuada keputusan akan dibuat pada hari ini untuk kes pecah amanah Syed Saddiq.

Perkara itu dimaklumkan oleh Mahkamah Rayuan tu dalam usaha Ahli Parlimen Muar  itu mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).


Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.

“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.

“Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.

Prosiding kemudiannya dimulakan dengan hujahan daripada peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muar berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 19 dan 20 Mac.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan H- 
Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes itu serta mengetepikan hukuman terbabit.

Prosiding rayuan tersebut merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya beliau didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih berpeluang untuk membawa kesnya ke peringkat tertinggi dengan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.